Monday, October 03, 2011

Wanita Yang Produktif


hemmmm ....maaf tajuk macam siot.

Aku sebenar cemburu ... yer cemburu buta dengan salah seorang blogger wanita. melihatkan bagaimana dia menguruskan blognya dengan cermat dan 'neat' membuatkan aku kagum dengan dia. Yer .. seperti tajuk entry nih, aku melihat dia seorang yang sangat PRODUKTIF. Dan aku yakin, tatkala dia mula berkeluarga, pasti akan dikurniakan anak-anak yang ramai sebab dia memang dari seorang yang akan subur.

Bukti dia seorang yang subur ialah...

Daripada suatu visit yang pada aku tempat-tempat yang biasa-biasa saja .. ( dalam kes ini, bukit tinggi, Pahang), beliau berjaya mengeluarkan hampir 5-6 entry yang pada anggapan aku sungguh produktif si penulisnya. Bayangkan setiap entry penuh diisi dengan gambar-gambar yang lawa-lawa mengenai photo yang diambilnya sepanjang aktiviti jalan-jalannya.

Tiba-tiba selepas dua entry, beliau meletak gambar seekor rama-rama (yang tinggal di Bukit Tinggi) bagi memuji keindahan ciptaan Tuhan yang Maha Esa dan kemudian di next entry menyambung kembali catatan perjalanannya di Bukit Tinggi.

Hasilnya dengan lawatan ke Bukit Tinggi sahaja, wanita itu berjaya mengisi jadual entry blognya untuk seminggu..

Sungguh produktif wanita ini yang aku akui cemburu dengan ke-prolifik-kannya.

0 Bebelan:

Post a Comment

Total Pageviews

Blog Archive

mY fREN yOO