Monday, October 03, 2011

Al-Hikayat Namewee


Nampaknya brother sorang nih makin hari makin glamer... selepas glamer dengan lagu negaraku, glamer dengan PM cakap Namewee menyokong landasan satu Malaysia dan yang paling terbaru sekarang ialah glamer dengan kisah 'pertarungan' dengan Utusan Malaysia yang makin meloya.

Aku sebenarnya tak kisah dengan geran yang kerajaan berikan kepada Namewee untuk buat filem atau aku jugak tak kisah dengan kisah Utusan Malaysia yang terangan nampak macam rasis dengan penulisan isu 'Nasi Lemak'. Aku juga tak peduli dengan Mamat Khalid yang menulis dalam paper meluahkan rasa keliru beliau dengan langkah kerajaan seperti mengiakan Namewee. ( Selepas apa yang beliau lakukan sebelum ini)

Yang sebenarnya aku kisah ialah bagaimana nasib 20 ++ juta rakyat Malaysia yang masih lagi di tahap biasa dan AKU MASIH TERKEJUT dengan masih ada lagi sebilangan rakyat Malaysia yang hanya mampu makan siput babi akibat kedhaifan mereka . Memang nampak mudah kita akan kata mereka tak nak bekerja atau kita senang mengatakan mereka malas.... (pernahkan kita berkawan dengan orang yang betul-betul susah atau papa  kedana)............ kerana sesungguhnya:-

Apa Guna Kerajaan jika tidak untuk memberi welfare kepada mereka.

Apa guna Jabatan Kebajikan Masyarakat

Apa guna pinjaman Tekun.

Apa guna kutipan derma berjuta-juta untuk rakyat luar tapi rakyat sendiri yang merempat , mengemis, meminta dan hina di tanah air sendiri.

Jadi kawan-kawan yang gedik-gedik sekelian ... APA LAGI .. jom Daftar Mengundi dan undilah untuk masa depan.

..

0 Bebelan:

Post a Comment

Total Pageviews

Blog Archive

mY fREN yOO