Monday, February 21, 2011

Ustaz dan Poligami


Kisah ini memang benar yang aku perolehi semasa berborak dengan seorang kawan yang bergelar Ustaz. Ustaz XYZ memang tersangatlah aku respek sehinggakan bagi aku ler, dialah Ustaz yang terbaik yang pernah aku jumpa sepanjang aku hidup ini. Pada masa itu kitorang tengah bersarapan bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang lain dan diantaranya ialah seorang duda yang kematian isteri akibat Big - C. (kanser payudara)

Sambil meneguk air dan memakan sarapan (logik la tu kan), kami berborak dengan pelbagai persoalan dan pelbagai topik dan seterusnya ke satu topik yang kononnya bilalah sahabat yang masih duda itu ingin mencari pasangan yang baru. Aku yang agak junior dalam hal ini lebih banyak mendengar dan hanya sekali-sekala menjampuk terutamanya bila bab bola dibicarakan dalam persidangan tak rasmi pagi tuh.

Berbalik kepada persoalan bilakah sahabat yang duda itu ingin mencari pasangan yang baru, maka jenuhlah kami semua mencadangkan beberapa calon wanita daripada yang dara sehinggalah yang janda. Semua calon-calon tersebut kemudiannya hanya disambut dengan dengan senyuman sahaja oleh si Duda tersebut. Lalu kamipun mengabaikan topik pencarian jodoh untuk sahabat itu.

Pada ketika itulah Ustaz XYZ bercerita, dia yang jadual kuliah maghribnya sangat sibuk sepanjang minggu dan perlu menjelajah pelbagai kawasan kerana menyampaikan kuliah agamanya. Dan yang menariknya beliau menambah , kebiasaan ( tak tahu la pulak berapa kerap) semasa memberi kuliah agama di pelbagai kawasan itu, beliau akan duduk minum bersama jemaah selepas insyak dan banyak benda dibicarakan.

Antara benda yang selalu diajukan kepada beliau ialah berkenaan mencari jodoh buat si anak dara di kawasan tersebut. Menurutnya lagi, semua ini dimaklumkan oleh si ibubapa gadis/janda tersebut menyuruhnya (Ustaz XYZ) mencari pasangan untuk anaknya. Mengikut kata ustaz lagi, permintaan tersebut banyak kali disuarakan dan hampir di keseluruhan tempat yang beliau bagi kuliahnya itu.

Mungkin secara sinisnya, aku berpendapat yang menyebabkan ibubapa gadis/janda berbuat demikian adalah kerana melihat kelakuan dan fizikal ustaz yang sungguh memikat dan konon-kononya Ustaz XYZ itu dapat mencadangkan jodoh yang berperwatakan yang menarik jugaklah.

Apa yang menariknya ialah penjelasan Ustaz yang menyebabkan kami semua di pagi itu tertawa senyum... Jelasnya.

" Walaupun Ana banyak menerima perlawaan ibubapa di kawasan ........................ untuk mencari calon pasangan untuk gadis dan janda semasa memberi kuliah agamanya, tiada sorangpun yang men'offer'kan anak mereka untuk Ana untuk dibuat isteri kedua.."

:::: dalam hati aku : Ermmm ... Ustaz pun nak berpoligami jugak ker ?..

:::: memang dalam hati setiap anak Adam ada niat nak berpoligami jugak kot...


0 Bebelan:

Post a Comment

Total Pageviews

Blog Archive

mY fREN yOO