Tuesday, December 22, 2009

Man City dan Pilih Mancini, Liverpool Bila Lagi ?


Sepatutnya liverpool belajar dari Sheikh Arab ni... Walaupun Hughes atau Sparky berjaya meletakkan Man City dalam kelompok 6 teratas Barclays Premier League, ia bukanlah pautan yang selamat buatnya. Dua kemenangan dalam 11 perlawanan membuktikan bolasepak BPL bukanlah untuk orang-orang yang biasa-biasa jer. Jadi selepas game last weekend, secara rasminya Mark Hughes dipecat daripada menguruskan Man City dan tempatnya digantikan dengan Roberto Mancini.. seorang manager yang telah berjaya membawa pulang Scudetto ke Inter MIlan dua musim berturut-turut dan kemudiannya juga dibuang dan digantikan dengan Jose Mourinho.

Pemberhentian mengejut buat Mark Hughes bukan suatu yang pelik di sini tetapi keadaan yang semakin parah di Liverpool memang suatu perkara yang pelik. Liverpool sudah lama patut memecat Rafa Benithez. 7 kekalahan setakat ini patut diadili dengan pemecatan dan penggantian pengurus baru. Hiddink masih kosong... mourinho juga nampak berminat dan kalau susah sangat, Peter Butler kan ada.. kan dia dah bawak kelantan ke Final Piala FA tahun ni . Begitu juga Souness yang semakin berapi-rapi mengomen dalam skyports, macam nampak berminat pulak mamat nih...

Tapi kalau nak confirm menang BPL , ambik jer Rajagopal ... ( confirm dapat Title Datuk pas ni, Sultan Pahang akan kasi ... apa ..tak caya yerr...)

0 Bebelan:

Post a Comment

Total Pageviews

Blog Archive

mY fREN yOO