Tuesday, October 11, 2011

Bini Biniku Gangster


Entah mengapa melihat movie ini pada permulaannya menyebabkan aku dah tahu trick dan walkthrough sepanjang penceritaan yang ingin diluahkan oleh penulis skripnya. 

Oh yaa... saju kejutan pada hari ini yang ketika aku kat ofis, kecoh semua orang bercerita tentang betapa bestnya mereka melayan movie Bini-biniku Gangster. So aku pun sama menumpang tuah mereka dengan membuat salinan cerita tersebut. Inilah yang dikatakan bergerak seiring dengan teknologi yang mana  mereka ini sangat maju mendownload cerita yang aku rasa diambil dari Astro First .

Malamku kemudiannya diisi dengan cerita tersebut dan ianya memang mampu menghadirkan rasa sedikit terhibur atas dasar-dasar lelaki yang semuanya ingin menikmati kenikmatan berpoligami seperti yang telah ditonjolkan oleh jalan cerita tersebut.

Seperti yang diceritakan di Para awal, trick untuk melihat semua kongsi gelap bersatu telah terdetik dengan intro movie ini dan aku kemudiannya dihibur dengan babak-babak lucu yang pada aku 'fresh' tetapi penuh muslihat wayang.

Lagi satu yang menarik bagi aku ialah perbedhaan yang ingin dilakukan oleh penampilan mat saja yang mahu merobek ego semasa yang selalu mengatakan orang kelantan ialah 'gedebe' dan tidak pada negeri-negeri lain. So loghaht tererngganu dengan pe'el gedebe cara terengganu nampak bagus untuk perjalanan cerita ini.

So secara keseluruhannya bagi Rating Cerita Malaysia, aku terhibur dengan Rating yang patut diberikan ialah : 5/10 Bintang.





0 Bebelan:

Post a Comment

Total Pageviews

Blog Archive

mY fREN yOO