Sunday, December 13, 2009

Bukankah kita patut berkongsi ?


Dialog nih antara saya dengan seorang Kakak (Kak Na ; Bukan nama sebenar yer) dekat Office masa kitorang minum pagi dekat Pantry.

Kak Na : Cik Abang saya dah dapat kerja kat tempat lain la (oversea) dan mungkin saya pun terpaksa ikut dia juga berpindah.
Saya : Baguslah .. isteri yang baik sentiasa ikut suami kan.. walaupun terpaksa berpindah ke tempat baru… tapi dah confirm ke..
Kak Na : Yer dah confirm, bulan Januari dia akan start keje kat sana dah .. cik abang dah jual kereta dia pun …
Saya : Berapa dia jual keta tu Kak Na ?
Kak Na : Tak tahu lah pulak … dia memang tak bagitahu…
Saya : Tak kan tak tahuu …
Kak Na : Yer .. dia memang camtu .. hanya bagitahu camtu jer … yang details2 susah lah.. actually dia takkan bagitahu kalau benda-benda camtu.. contohnya gaji dia ker… elaun dia ker … cuti dia ker atau apa-apa yang detail sikit .. Kak Na setakat tahu yang biasa-biasa jer la..
Saya : …… ? ( dalam hati : bukankah suami isteri patut tahu dan berkongsi segala rahsia.. bukan apa takut apa-apa yang terjadi kan Susah)


Itu lah antara dialog-dialog tersebut. Pada pendapat anda , patut ker kita terlalu berahsia dengan teman anda.. bukankah ikatan perkahwinan itu satu perkongsian mutlak.. bukankah ikatan suami isteri itu membentuk suatu circle yang kita dan pasangan patut tahu luar dan dalam.

Memang sesetengah hak ada ditangan suami atau sang isteri. Contohnya ialah duit isteri hasil daripada kerjanya. Memang suami tak patut ambik walau seposen pun tapi suami berhak tahu manfaat duit itu dan dimanakah ia dibelanjakan walaupun I tak ade hak untuk melarang kecuali ia digunakan untuk perkara-perkara yang haram.

Begitu juga hak suami berkahwin lain (memang tak ada niat nih) . Walaupun hak suami tapi isteri perlu tahu dan tak perlu berahsia untuk ini. Ini lah yang sepatutnya kan.. Semua perkara memang perlu telus antara suami isteri bagi mengelakkan rasa curiga kan kerana antara nas-nas kecurigaan inilah yang memungkinkan syaitan membisikkan amarah dan ketidak-percayaan antara pasangan anak adam.

Bagaimana pula pendapat anda ?

0 Bebelan:

Post a Comment

Total Pageviews

Blog Archive

mY fREN yOO